Sunday, 12 August 2012

Siapakah hamba ALLAH yang mulia???

sebak,sayu,sangat2 sayu,sedih bila dgr cerita ni..
menangis,mengenangkan betapa sayangnya Rasulullah S.A.W dekat kita..
tapi kita???
cerita ni cik fasha dpt dari halaqah dekat TV9..

' dalam sebuah riwayat hadis dikisahkan,ketika itu Baginda berkumpul bersama sahabat sahabatnya..di antaranya ada Saidina Umar, Saidina Ali,Saidina abu Bakar, Saidina Usman dan yang lain.. Kemudian Baginda bertanya kepada sahabat2nya;
             'Wahai sahabat2ku, tahukah kalian,siapakah hamba ALLAH yang mulia di sisi ALLAH.'
Para sahabat terdiam. Kemudian ada salah seorang sahabat berkata;
             ' Para malaikat ya Rasulullah. merekalah yang mulia'.
Lalu Baginda pun berkata;
             ' ya,para malaikat itu mulia. Mereka dekat dengan ALLAH,dan mereka sentiasa bertasbih,dan beribadat dengan ALLAH.Tentulah mereka mulia. Tetapi bukan itu yang ku maksudkan.'
Lalu para sahabat kembali terdiam. Tiba2 salah seorang sahabat kembali bersuara;
             'Ya Rasulullah, yang mulia itu tentulah para Nabi.'
Nabi Muhammad S.A.W mula tersenyum. Baginda berkata; 
             'ya,para Nabi itu mulia.Mereka adalah utusan ALLAH di muka bumi ini. Bagaimana mungkin mereka tidak mulia. Mereka itu mulia. Tetapi ada lagi yang lain.'
Para sahabat terdiam,tertanya siapa lagi org yg mulia. Hingga kemudian salah seorang sahabat berkata, 
             'Ya Rasulullah, adakah kami sahabatmu ya Rasululullah. Apakah kami yang mulia itu?'
Kemudian,Baginda memandang wajah sahabatnya satu persatu. Baginda tersenyum melihat para sahabat. Baginda berkata,
             ' sudah tentu kalian mulia. Kalian dekat denganku.Kalian membantu perjuanganku,bagaimana mungkin kalian tidak mulia. Tapi ada lagi lain yang mulia.'
Para sahabat terdiam semuanya. Mereka tidak mampu berkata apa2 lagi. Tiba2 baginda Nabi Muhammad menundukkan wajahnya, tiba2 juga baginda menangis di hadapan sahabat2nya. Sahabat pun tertanya-tanya dan berkata,
              'mengapa kau menangis ya Rasulullah?'
Baginda kemudian mengangkat wajahnya,lalu terlihat berlinangan air mata Baginda membasahi pipi dan janggutnya. Baginda berkata,
              'Wahai sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu? Mereka adalah manusia-manusia,mereka akan lahir jauh setelah wafatku nanti. Mereka begitu mencintai ALLAH. Dan tahukah kalian,mereka tidak pernah memandangku,mereka tidak pernah melihatku. Mereka hidup tidak dekat dengan aku seperti kalian. Tetapi mereka begitu rindu kepadaku. Dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya, aku pun begitu merindui mereka,mereka yang mulia itu.Merekalah UMATKU.
Saat itu,Baginda menitiskan air mata dan semua sahabat juga menangis. 

Baginda terlalu merindui kita,mencintai kita,Kita yang didoakan Nabi Muhammad setiap waktu.
Hati ini tertanya,adakah sudah cukup rindu ini pada Baginda. Baginda yang tidak pernah melupakan umatnya,walaupun sedang menghadapi sakaratul maut. Dan kita,umatnya,adalah orang pertama yang dicari setelah Baginda bangkit dari kubur. Baginda telah korbankan segala kemewahan di dunia, tidak meminta apa2 pon dari ALLAH untuk dirinya,kerana mahu menyimpannya untuk diberikan syafaat kepada umatnya di padang mahsyar kelak.
Dan siapakah umatnya? KITA!!


p/s:selawat serta salam atas junjungan Nabi,kekasih ALLAH..


1 comment:

terima kasih kerana mengkomen.. :)