Monday, 25 June 2012

10 amalan TERBALIK umat islam yg tak disedari


salam petang to readers2 sekalian..
kat bwh ni cik fasha nak tunjukkn 10 amalan terbalik yg rmi org melayu tak sedar sekarang ni..
amalan2 ni memang berpusing sungguh dr amalan yang sebenarnya menurut agama islam..
nak tau pedia??bacalah...




1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?



“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”

(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

TAK KERUAN by zamani ft sh.zarina

something kat lagu ni yg buat cik fasha suka sgt first time dgr lagu ni..
serious lagu ni sgt2 best..
:)
jom layan lagu ni..


Saratnya bebanan asmara
Beratnya menepis gelora
Semua relaku terima
Andainya inilah cinta


Ternyata dialah ku cari
Di dalam terjaga dan mimpi
Meskipun adakala sepi
Tetap setia menanti

Tak seorang yang ambil tahu
Tak seorang pun ambil peduli
Sehinggalah dikau yang datang
Dan membawa bersama hatimu


Mana mungkin ku persiakan
Bila cinta aku ketahuan
Debar kencang aku rasakan
Bergetaran di dalam hatiku


Saratnya bebanan asmara
Beratnya menepis gelora
Semua relaku terima
Andainya inilah cinta


Ternyata dialah ku cari
Di dalam terjaga dan mimpi
Meskipun adakala sepi
Tetap setia menanti


Hanya dia yang ku dambakan
Walau pun aku rasa gundah… tak keruan
Biar Putih atau pun hitam
Asalkan hati penuh rela dengannya cinta


Tiap saat tiada tempat

Bukan bayangan tapi nyata didepan mata

Siang malam ku rasa terang
Kurasa tenang
Rasa damai
Di buai cinta



Sunday, 24 June 2012

happy farewell!!

22/6/2012..
my last paper here, n my last day here..
ohh sedih2..sedih nk tnggalkan UTMKL..
yg penah baca post2 cik fasha yg dulu,mesti tau en nape sedih hari last kat sini..
yg x pernah baca,meh baca sini..

akhirnya smpi gak detik2 yg x ditunggu..
serius sedih sgt,cuma x tnjuk..
tp still ok lagi sebab kamis ni cik fasha dtg lg utm..
sebb ade program..

dah2,nak citer pasal last day tu..
stat paper oc pkul 3 smpi 5.30..
memerah otak kejap..
n habis je paper,apa lagi..
opkos laa sesi brgmbar en,en..
bila lagi dapek amek gmbr kat sini..
sume amek port,nk gi posing2..


all gurls..first in utm,sume gurls dlm satu course..


landmark utm kl yg terbaik..


will missing u guys..

haa,yg ni stat wat aksi2 x snonoh

buang tebiat yana..org soh duduk..aishhh


view from MJIIT building..


PSZ tmpt kitorg baca buku,brborak..hohoo

seriusly akn rindu sgt suma view2 ni..
rindu lecturer,staff2 sini..
rindu klcc(kwangkwangkwang)

its a great experience to be here..
at least,kitorg de pnglaman blaja sini,
dak utm jb yg trus ke degree tu ade rse blaja sini??
xde enn..hahahaa
jgn marah naa..

hope to be here again,insyaALLAH..
even bukn utk blaja,tp dtg pon bolh kan,kan??
tmpat kita menimba ilmu,sape yg x rindu kan??
watever it is,it's a happy farewell ryte??

p/s : kamis dtg sini lagi sebab ade program kat ganu..hohoho...




Tuesday, 19 June 2012

now, i fell in love!!

seriously cik fasha jatuh cinta..
completely in love..
rasa tiap2 hari nak jumpa,,
nak cium,peluk dia..
hoihoihoi...jgn pikir lain plak eh..

amirul hakim, my new lil mujahid..
penyejuk,penerang,pengarang jantungku ini..cewwaahh..
he's only 3 months,tp da pndi nak act mcm org besar..
da pndi nak meniarap,,
da kuat kaki nak brdiri even kpala lembik2 lagi..
and suke berborak..pndi da naaa..

hakim ni anak yg mama jaga..
masuk rumah kitorg sebaik saja mak dia hbis pntang..
mana x syg lebih kan,kan!!

n jom lyn gmbr hakim ni!!





aliff n hakim..



arrr..along ni brani btol amek gmbr hakim mcm ni..haish3..

love there..hohoho..
badan da tegap,to kepala lembik lg..see,goyang2 kpala dia..


maaf lerr..gmbr x brapa nak cntik..
snap2 guna henfon murah sajaaa..
sape yg x jtuh cinta kan klu mcm ni??
hewhewhew...














Friday, 15 June 2012

"Segmen: Follow Weekend Bersama AjamOppical"


ok,join segmen setelah lamanya x join..
terima kasih kepada AJAM yg sudi jemput cik fasha join segmen ni..
kepada korg2 yg nk join jugak,,
haaa tekan link kat banner tu..
pastu ikut laa pe yg ajam ni suruh..
sgt2 simple dan mudah difahami..
hohohohohho...

n kepada new friends cik fasha..
welcome to my lil diary..
hewhewhew...

awak tengah exam!!

'AWAK TENGAH EXAM LA fasha!!'
tp serius x rasa mcam tgah exam..
kenapakah??kenapakah??

sebab cik fasha balik rumah..
study week balik, n gap paper pon balik..
n opkoslah balik rumah x buka buku en..
n opkoslah saya main dgn hakim cinta hati baru saya..
oh,oh,oh..
itu sgt cik fasha suka..kekeke..
n opkos jugak dok rumah melepak,berborak,on9,on9,on9,on9..

whatever it is,still ade 4 lg paper..
n paper2 tu memang rpat sgt2..
kebuntuan..
ceh,dr dok membebel kat sini, 
ada baiknya lah kan pi blaja..
tapi,buku satu bnda x bawak!!
apakah!!

saya tau saya banyak main..
x blaja sungguh2 pon..
terbuat prinsip bersenang senang dulu,bersusah susah kemudian..
pastu trpaksa jaga malam time mlm exam..
x bagus x bagus!!

tapi nak wat camna..
tulah noor fashah amira, anak en hazmi n pn fahiza..
mama dgn ayah kenal along mcm mana kan,kan??

ok daa..xmo membebel pnjg2..
org pening baca entry membebel ini!!

Tuesday, 12 June 2012

saya nak KERJA

sekarang ni minggu final..
n cik fasha da stat buat kijo gilo dia,
x tido, time mlm exam..
sape yg buat mcm tu sila angkat tgn??

n tamau ckp pasal exam,
STRESS!!
skng ni cik fasha tga memikir,,
nak keje pe cuti 2 buln nty..
x bek ouh bazir masa..
smbil2 nak cari duit poket tok bekalan sem 3 nty..

nak keje ape??
ade je bnyk keje kosong kt depan umah ni,,
tp mst dorg nk permanent kan,kan??
dan,dan,dan..
kesian plak kt bos2 tu nty klu cik fasha keja kejap je..
x ke dorg nk kena cari org len??
nyusahkan plak kan!!

haish4..
rsenya cik fasha sorg je yg memikir gitu..
'sian kat bakal boss..'
org len cik fasha dgr citer,
sesedap ati je nk berenti,nak keje balik..
haish,cik fasha nak minta berenti keja laa plg takut skali,
sbb sian kat boss...
ade mcm tu??

apepon, saya tetap nak keje..
nak duit!!
hrap dpt keje boss baik punyaa..
amin!!

Saturday, 9 June 2012

demimu EURO!!

oyyyeaahh..semangat EURO kat rumah ni..
Alif, Acap dok sibuk cakap pasal bola skng ni..
dua beradik tu penyokong tegar PORTUGAL..
sebabnya, ada CR!!
kenal x??
cik fasha : fuyoo,adik minat portugal..
mama     : ye ke dik?? nape minat portugal?
cik fasha : sebabnya ade Cristiano Ronaldo la ma..peminat setia nih
alif          : bukan Cristiano Ronaldo la, CR ok!!

org yg sama je pon,nk kena pnggil CR jugak..
x pasal2 kena marah dgn pminat tegar CR!!
ok, pasni along pnggil CR ye dik!!
n mlm td first match between Poland n Greece..
peminat Euro opkoslah tau en..
n dua beradik tu berkobar kobar la tnggu pkul 11.30..
alif snggup than mata..
sebb budak sorg ni time tido dia pkul 9..


banyak kali jugk tny budak ni, nk tido x??
gelengan saja diberi..semangat kononnya..
tok malam ni, alif sokong poland n acap sokong greece

 saat2 yg dinantikan..

10 min pertama,muka memg menahan ngantuk sungguh..
bnyk kali soh tido,tamau..
demi bola..ok lah,tgklah

n last2, ni lah jadinya

sungguh nak tgk konon!

xthn jugak mata..
mcm mna nk tgk portugal lwn german mcm ni dik oiii


n tv terbuka tnpa sorg pon tgk..
alahai adik2,semangat bukn main,.
ok lah kan..
kan lagi best klu korg smngt nk blaja cmni..
cewwaahh...

besok,ntah dpt ke x abiskan tgk match..
suke ati larr..